Sunday, January 25, 2009

PEMBORONG SERAI TERUS KE SINGAPURA


Salam Sejahtera

Saya mendapati setelah sekian lama menjalankan usaha pemborongan serai untuk dijual ke Singapura, bahawa suatu kerugian telah berlaku kepada penanam serai GAJAH bumiputera. Harga yang dijual kepada orang tengah(seperti saya) ialah antara RM1.20 - RM1.50 sekilo. Pemborong seperti saya pula menjual tak lebih dari RM2.00 sekilo kepada pemborong besar di Johor Bahru yang kemudian menjual pula kepada pembeli terus di singapura dalam matawang dollar singapura sebanyak S2.00 -S3.00 (atau RM4.50 - RM7.00) .

Harga runcit serai di Singapura ialah RM9.00 sekilo atau S4.00 sekilo.Sampai bila mereka akan terus untung besar saya pun tak tahu.Setelah mengkaji dengan teliti bagaimanakah cara untuk mengatasi perkara ini maka saya disini telah belajar dari sejarah. Mari kita lihat sejarah Syarikat Hindia Timur Belanda(VOC). Mereka telah monopoli perdagangan rempah dari Asia Tenggara kerana ada bekalan yang dikawal oleh mereka, pengangkutan (kapal laut)yang hebat dan pasaran yang luas di Eropah.Di sini saya telah belajar sesuatu.Jika kita ingin keuntungan maksimun, maka kita semua harus bersatu dibawah satu bumbung.

Anda semua yang menanam serai GAJAH saya pelawa untuk berkongsi perniagaan ini bersama saya. Pemasaran dan pengangkutan akan disediakan oleh saya. Bekalan di sediakan oleh anda. Kita tolak harga kos serai keluar dari ladang di campur dengan kos transport dan selepas itu keuntungan dibahagi dua.Anda sebagai penanam akan menikmati keuntungan yang tinggi kerana harga keluar dari ladang akan lebih tinggi berbanding jika anda menjual kepada pemborong traditional. Sebagai contoh : Harga ladang ialah RM2.00 sekilo sementara kos transport ialah 0.50 untuk setiap kilo.Harga serai yang boleh saya jual kepada pembeli terus Singapura ialah RM4.50 sekilo.Oleh itu keuntungan untuk setiap kilo ialah RM2.00. Anda ambil RM1.00 dan saya sebagai pengedar akan ambil RM1.00 untuk setiap kilo. Oleh itu jumlah pulangan sebenar kepada anda sebagai penanam serai GAJAH ialah RM2.00 (harga keluar ladang) di campur dengan RM1.00 (keuntungan dari pengedaran ke Singapura).

Anda bakal mendapat RM3.00 untuk setiap kilo.Konsep ini lebih baik dari contract farming dan jauh lebih baik dari menjual kepada pemborong dengan sistem traditional. Sebagai rakan kongsi anda berhak melihat resit jualan dan senarai pembeli(outlet) di Singapura. Pendek kata segalanya adalah telus. Suatu perjanjian hitam putih akan dibekalkan kepada anda. Perjanjian tidak mengikat. Jika saya gagal membeli, maka anda bebas menjual kepada pihak lain.Dan juga jika anda gagal membekalkan kepada saya serai (akibat dari semulajadi seperti kerosakan tanaman dan sebagainya) maka saya juga akan bebas membeli dari pihak lain. Jika berminat sila sms kepada saya di 016-7051374 (Osman)

Latarbelakang Perdagangan Kapitalis

Beberapa ratus tahun dahulu bangsa Portugis dan Belanda mengaut kekayaan dari tanahair kita menerusi komoditi rempah ratus. Mereka ada ramuan yang cukup untuk perkara itu. Ramuan tersebut ialah :

1) Bekalan di kawal oleh mereka (sudah tentu menerusi muncung senapang)

2) Armada kapal laut yang kuat ( macam lori pembawa serai)

3)Pasaran yang luas di Eropah

Semasa itu pasaran rempah yang besar ialah Lisbon di ikuti dengan Madrid. Seterusnya apabila bangsa bangsa Belanda berjaya menewaskan Portugis di Melaka, maka Amsterdam pula menjadi pusat perdagangan rempah (macam Pasar Borong Selayang).Orang Inggeris kalau nak makan rempah terpaksalah beli dengan harga yang mahal kat Pasar Borong Amsterdam. Harga rempah yang mereka beli di kepulauan Melayu mereka "up" entah berapa kali ganda apabila sampai kepelabuhan-pelabuhan Eropah. Mungkin harga rempah tu setakat RM1.00 sekilo masa kat pelabuhan Melaka tetapi apabila sampai ke Lisbon harganya melambung sampai RM100 sekilo. Mereka lipat sampai 100 kali . Harga inilah yang terpaksa di bayar oleh Inggeris atau Perancis kalau nak makan rempah. Yang jadi mangsa ialah penanam-penanam rempah di kepulauan Melayu seperti di Maluku , Jawa, Ambon dll.

Bangsa Inggeris cepat sedar mengenai perkara ini. Mereka tahu caranya untuk jadi kaya raya seperti negara jiran mereka. Faktor yang "3" itu mesti ada. Kuasai bekalan, kuasai pengangkutan dan kuasai pasaran. Oleh itu apabila sampai giliran mereka buat duit maka banyaklah tembakau dari India yang mereka eksport semula ke China pada awal abad ke 19.Mereka menguasai India sebagai tanah jajahan dan mereka berjaya menjual kepada pedagang-pedagang China di Shanghai dan Canton yang kemudiannya menjual semula kepada peruncit dan pengilang dengan harga yang lebih mahal. Tembakau memang barang panas masa itu di sebabkan ianya boleh diproses semula menjadi candu. China masa itu memang banyak "Mat Gian" yang ketagih candu. Inggeris pula menguasai bekalan candu dan juga memiliki armada kapal perang dan kapal dagang terbesar di dunia masa itu. Oleh itu cukuplah 3 syarat yang bakal menjadikan bangsa mereka kaya raya. Yang jadi papa kedana ialah China dan rakyatnya yang kurus kering akibat ketagih candu.

Moral dari Sejarah

Saya telah belajar dari sejarah. Sistem perdagangan yang diamalkan oleh Barat nampak memang cantik diatas kertas. Tetapi sistem ini jika di praktikkan tanpa batas dan kawalan, maka ianya akan memusnahkan manusia dari banyak segi. Sistem kapitalis Barat mengundang rasa tamak dan haloba dan terlalu mementingkan diri sendiri. Mereka tak peduli apa nak jadi dengan rakyat China asalkan jualan candu mereka laris. Dalam perdagangan rempah ratus pula bangsa Belanda akan membeli dengan harga serendah mungkin dari petani Melayu dan menjual setinggi mungkin kepada pihak ketiga. Mereka tidak peduli mengenai kesusahan penanam rempah tersebut. Harga yang diberikan hanya mampu membeli beras sekampit sedangkan mereka (pedagang Belanda) kaya raya dengan hasil jualan rempah di Eropah. Pada tahun 1997 mereka buat hal lagi dengan kes penyangak matawang.

Sistem Perdagangan di dalam Islam

Sistem ini adalah yang terbaik kerana ia mengambil jalan tengah antara sistem kapitalis (memihak kepada pemodal) dan sistem sosialis (memihak kepada petani dan pekerja). Sistem perdagangan Islam menekankan kepada konsep yang adil kepada kedua-dua pihak tanpa mengambil hak pihak yang satu lagi. Jika di ambil dalam konteks penanaman serai, maka konsep perkongsian untung adalah paling sesuai sekali di gunakan. Pihak penanam mendapat harga yang berpatutan bagi serai mereka sementara pihak pengedar mendapat keuntungan berpatutan dari keuntungan jualan. Keuntungan jualan di bahagi dua antara penanam dan pengedar.

Kebaikan Sistem Perkongsian
1) Penanam boleh mendapatkan pulangan semaksimun mungkin dari hasil jualan.

2) Penanam boleh mendapatkan pulangan mengikut harga pasaran semasa. Sememangnya harga serai keluar dari ladang telah di tetapkan pada suatu harga di dalam perjanjian. Tetapi pulangan dari keuntungan jualan akan mengikut harga semasa.

Contoh :

Pada harga jualan RM4.50, penanam / pengedar akan mendapat untung RM2.00
Pada harga jualan RM5.00, penanam/pengedar akan mendapat untung RM2.50
Lebihan keuntungan jualan sebanyak 0.50 akan dibahagi dua antara penanam dan pengedar
Oleh itu sistem ini melindungi penanam serai kerana jika berlaku penurunan harga ianya tidak akan melibatkan harga serai yang keluar dari ladang. Penurunan harga cuma mengakibatkan kekurangan keuntungan dari segi jualan. Tetapi jika berlaku kenaikan harga, penanam serai akan menikmati hasil yang lebih tinggi dari keuntungan pengedaran.

3) Bagi pihak pemborong pula tetap terdapat kelebihan. Pemborong akan berkongsi risiko pengedaran bersama penanam. Risiko yang dimaksudkan adalah terma pembayaran dari pihak pembeli. Apabila terlalu ramai pembeli yang berdaftar dengan pemborong, sudah tentu bukan semuanya akan membayar secara COD (tunai). Sebahagian akan membayar secara bertempoh. Ada yang membayar selama 3 hari atau 7 hari. Semakin besar sesebuah syarikat, maka semakin lama masa yang diperlukan untuk membayar.Ini adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Dan di sini juga orang Melayu di kalahkan dalam "perang pemborongan". Modal yang kecil dari pemborong Melayu mengakibatkan mereka hanya dapat bermain di "tepi" sahaja berbanding bangsa asing yang memiliki modal besar. Malahan mereka sanggup menerima terma pembayaran sehingga 30 hari dari Pasar Raya besar seperti Tesco, Giant dll.

Dalam sistem perkongsian, penanam dan pengedar akan bersama-sama menguruskan pembayaran dari pihak pembeli. Jika pembeli tidak membayar secara COD, maka kedua-dua pihak akan bersama-sama menunggu sehingga pembayaran di keluarkan oleh pihak pembeli seperti yang telah di persetujui sebelum urusniaga. Ada kilang yang menawarkan COD tetapi ada juga yang menawarkan pembayaran bertempoh selama 3 hari atau 7 hari. Tetapi jika pembelian Pasar Borong terma pembayaran adalah COD sahaja. Dengan demikian pihak pemborong seperti saya akan memiliki kelebihan untuk mendapatkan seberapa ramai pembeli tanpa risau memikirkan mengenai modal pusingan tunai. Oleh yang demikian daya saing yang tinggi akan wujud di sini. Apabila saya telah memiliki bekalan yang banyak disertakan pula dengan pembeli atau pasaran yang banyak, maka saya telah mendapatkan 3 syarat yang cukup sepertimana yang saya nyatakan seperti diatas.

Saya ulangi sekali lagi syarat untuk menguasai usaha pemborongan.

1) Kuasai bekalan
2)Kuasai pengangkutan
3)Kuasai pasaran

Sejarah Yang Masih Boleh Di banggakan

Saya merasa yakin tidak mustahil usaha pemborongan ini boleh dikuasai oleh orang Melayu. Sejarah telah meriwayatkan kisah orang Aceh yang membawa komoditi rempah ratus dengan kapal mereka sendiri dan menjualnya ke Istanbul, Turki pada abad ke 17. Orang Aceh wajar di beri pujian kerana gigih berusaha memecahkan monopoli Belanda di dalam perdagangan rempah. Mereka menguasai bekalan, pengangkutan dan pasaran. Tetapi akhirnya Aceh telah di takluki oleh Belanda pada tahun 1909.Pada pertengahan kurun ke 18 pula orang-orang Bugis pula menubuhkan armada perdagangan mereka sendiri. Tetapi kali ini lebih canggih kerana mereka meletakkan meriam dan senjata di dalam kapal. Pusat perdagangan mereka ialah di Riau. Buat sementara waktu orang Belanda tidak dapat berbuat apa-apa kerana orang-orang Bugis terlalu kuat untuk dikalahkan. Orang Bugis telah menguasai bekalan rempah di kepulauan Riau. Tetapi pada perang Riau-Belanda pada tahun 1784 mengakibatkan kemusnahan kepada pusat perdagangan Bugis di Riau dan ketua mereka iatu Raja Haji terbunuh dalam peperangan itu. Oleh itu bangsa Melayu dan sektor perdagangan bukanlah asing. Kita cuma tidak mahu melakukannya dengan memberi pelbagai alasan. Tetapi jika kita mahu melakukannya, maka tiada siapa yang boleh menahan kerana kedudukan kita jauh lebih baik berbanding semasa zaman ketika Aceh dan Bugis di kalahkan oleh faktor politik ketika itu. Pada hari ini faktor politik telah menyebelahi kita. Tiada lagi alasan untuk mengatakan bahawa kita tidak boleh kerana tiada lagi Portugis, Belanda atau Inggeris yang akan menyerang kita jika kita cuba memecahkan monopoli sektor pemborongan ini dari tangan orang lain.

Terimakasih
Pengurus Operasi Seri Helang Bayu Enterprise